Friday 20 August 2010

ALFU MABRUK KEPADA DELEGASI MAPIM

Assalamualaikum..

7 - 17 Ogos 2010 : Pihak KEDAHMISRTRAVEL dipertanggungjawabkan untuk menyelia delegasi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang hadir ke Mesir bagi merealisasi misi mereka masuk ke Gaza, Palestin. Pihak KEDAHMISTRAVEL mengucapkan alfu mabruk kepada pihak delegasi kerana berjaya memasuki Gaza melalui Rafah, Mesir sekaligus mencapai target untuk membuat beberapa kajian demi membela nasib masyarakat Gaza yang tidak henti menerima tekanan daripada rejim israel.

KEDAHMISRTRAVEL walaupun diwakili oleh mahasiswa yang bernaung di bawah persatuan, pihak kami menyatakan sokongan kepada pihak-pihak NGO yang berusaha dengan misi membebaskan Gaza dari belenggu peperangan. Pihak kami siap sedia membantu takat upaya yang terbatas dengan status mahasiswa. Jika diberi kesempatan kita bertemu lagi. Berganding bahu dalam misi ummat ini.

Pihak KEDAHMISRTRAVEL memohon maaf kepada delegasi MAPIM jika terdapat sebarang kesulitan atau kelemahan sepanjang kami mengurus dan menyelia perjalanan ketika di Mesir ini. Kepada ketua delegasi, Cikgu Azmi Abdul Hamid dan rombongan semoga kita bertemu lagi.


Gambar-gambar kenangan :

Sambutan di airport

Sarapan di KLCC

Taklimat sebelum ke Hotel

Pengarah Urusan KEDAHMISRTRAVEL Bersama Cikgu Azmi, Ketua Delegasi di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Pimpinan delegasi bersama pegawai-pegawai Kedutaan

Majlis Sambutan Ramadhan Di Gaza berlangsung di Rumah Selangor

Bergambar Selepas Majlis

Hotel Penginapan Delegasi

Eksekutif Penginapan dan Pengangkutan KEDAHMISRTRAVEL
Bersama Mustafa Mansur

Semoga Bertemu lagi

Thursday 10 June 2010

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DI BUMI MAKKAH MUKARRAMAH DAN MADINAH MUNAWWARAH

Rombongan bergambar di hadapan Istana Raja Farouk, Iskandariah

Assalamualaikum..

03 - 07 Jun 2010 - Pihak pengurusan KEDAHMISRTRAVEL mengucapkan selamat meneruskan perjalanan ke Tanah Haram untuk menunaikan ibadah umrah kepada semua ahli rombongan yang sempat menziarahi Mesir baru-baru ini. Ucapan khusus buat Ustazah Nazrah dan Ust Fikri Ishak (Mantan YDP MKKK) selaku pimpinan group umrah dan ziarah Mesir semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai di tanahair.

Pihak pengurusan KEDAHMISRTRAVEL juga memohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang pengendalian KEDAHMISRTRAVEL terhadap rombongan ini.

Doakan kami anak-anak yang kini sedang menempuhi musim peperiksaan. Sesungguhnya doa orang yang bermusafir antara doa yang mustajab di sisi Allah S.W.T.

Majlis Wada' Bersama Rombongan Di Asrama Darul Aman 3 Haiyu Sabiek


Pihak KEDAHMISRTRAVEL merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, Syeikh Yusoff Haji Ahmad kerana membenarkan majlis ini diadakan di Dewan Tasamuh Wal 'Ikha'. Ucapan jutaan terima kasih buat pihak Ustazah Nazrah yang mewaikili ahli rombongan kerana meyampaikan sumbangan kepada pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah untuk kebajikan anak-anak Kedah di Bumi Anbiya' ini.

Ucapan Aluan dari Pemangku YDP MKKK

Ucapan Syeikh Yusoff selaku tuan rumah

Ustazah Nazrah Memberi Ucapan

Sumbangan Ustazah Nazrah Kepada Ustaz Nazrul mewakili MKKK




Semoga bertemu lagi.

Gambar Kenangan Bersama Ahli Rombongan :

Di Sinai

Menyelusuri Sungai Nil





Wednesday 14 April 2010

TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

Assalamualaikum..

KEDAHMISTRAVEL bersama Badan dan Unit Ekonomi MKKK membuat jualan tiket penerbangan pulang ke Malaysia dengan harga yang berpatutan.

Lihat iklan yang dipaparkan.

Monday 29 March 2010

SEMOGA BERTEMU LAGI


Assalamualaikum..

23 - 26 Mac 2010 - Pihak pengurusan KEDAHMISRTRAVEL mengucapkan selamat meneruskan perjalanan di Tanah Haram untuk menunaikan ibadah umrah kepada semua ahli rombongan yang sempat menziarahi Mesir baru-baru ini. Ucapan khusus buat Haji Halim selaku pimpinan group umrah dan ziarah Mesir semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai di tanahair.

Pihak pengurusan KEDAHMISRTRAVEL juga memohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang pengendalian KEDAHMISRTRAVEL terhadap rombongan ini.

Semoga bertemu lagi.

Gambar Kenangan Bersama Ahli Rombongan

Di Dalam Bas

Sarapan Pagi Di Restoran ARMA

Di Kedai Minyak Wangi

Pilih Pakcik Makcik

Di Atas Kapal Perairan Sungai Nil

Duduk Berehat Di Masjid Imam Busiri R.A


Monday 15 March 2010

BERITA GEMBIRA BAGI YANG INGIN BERCUTI DI MESIR..

Assalamualaikum..

Pakej untuk 4 orang & 8-12 orang selama 4 hari 3 malam

KEDAHMISRTAVEL menawarkan pakej ziarah Mesir untuk 4 orang 8- 12 orang selama 4 hari 3 malam dengan harga USD 250.00 seorang.

Pakej tersebut menawarkan perkhidmatan seperti di bawah:

1. Penginapan selama 4 hari 3 malam.
2. Pengangkutan sepanjang perjalanan.
3. Makan dan minum sepanjang 4 hari 3 malam.
4. Tiket masuk tempat-tempat bersejarah yang berbayar.
5. Perkhidmatan pemandu pelancong (guider) sepanjang perjalanan.

Tempat-tempat menarik yang bakal dilawati adalah seperti berikut :

* Piramid & Sphinx di Giza
* Madrasah Sultan Hassan & Masjid Rifae
* Makam Imam Syafie R.A
* Muzium Tahrir
* Taman Montazah & Istana Raja Farouk
* Persisiran Laut Meditranean
* Masjid Nabi Danial & Lukman Al-Hakim
* Kesan Sejarah Theater Romani
* Masjid Imam Mursi & Imam Busiri R.A
* Kota Pertahanan Sultan Qitbei Kerajaan Mamalek
* Perpustakaan Iskandariah
* Kubu Pertahanan Sultan Salahuddin al-Ayubi
* Masjid Al-Azhar As-Syariff
* Masjid Saidina Husain R.A
* Membeli belah di Cristal Asfour Syoubra
* Membeli belah di Pasar Khan Khalili di Hussin

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

Abu Bakar bin Razak
Pengarah Urusan KEDAHMISRTRAVEL

No. Telefon : +2011-2460480
Emel : abu_azhari@yahoo.com.my
Emel Rasmi Syarikat : kedahmisrtravelmkkk@yahoo.com

Tuesday 9 March 2010

PAKEJ 4 HARI 3 MALAM.. Hanya USD 180.00

Assalamulaikum...

KEDAHMISRTAVEL menawarkan pakej ziarah Mesir secara berkumpulan selama 4 hari 3 malam dengan harga USD 180.00 seorang.

Pakej tersebut menawarkan perkhidmatan seperti di bawah:

  1. Penginapan selama 4 hari 3 malam di hotel.
  2. Pengangkutan bas berhawa dingin sepanjang perjalanan.
  3. Makan dan minum sepanjang 4 hari 3 malam.
  4. Tiket masuk tempat-tempat bersejarah yang berbayar.
  5. Perkhidmatan pemandu pelancong (guider) sepanjang perjalanan.

Tempat-tempat yang bakal dilawati adalah seperti berikut :

  • Piramid & Sphinx di Giza
  • Madrasah Sultan Hassan & Masjid Rifae
  • Makam Imam Syafie R.A
  • Taman Montazah & Istana Raja Farouk
  • Persisiran Laut Meditranean
  • Masjid Nabi Danial & Lukman Al-Hakim
  • Kesan Sejarah Theater Romani
  • Masjid Imam Mursi & Imam Busiri R.A
  • Kota Pertahanan Sultan Qitbei Kerajaan Mamalek
  • Kubu Pertahanan Sultan Salahuddin al-Ayubi
  • Masjid Al-Azhar
  • Masjid Saidina Husain R.A
  • Membeli belah di Cristal Asfour Syoubra
  • Membeli belah di Pasar Khan Khalili di Hussin


Berikut Adalah Tentatif Program Selama 4 Hari 3 Malam :


Hari Pertama :

Tiba di Cairo International Airport.

Bertolak ke Asrama Malaysia Kaherah Abasiah (ARMA).

(Sarapan pagi)

Check In di Hotel Cairo.

Melewati 3 Piramid & Spink di Giza.

Melawat Madrasah Sultan Hassan & Masjid Rifae.

Menziarahi Makam Imam Syafie R.A.

Hari Kedua :

Sarapan pagi di hotel.

Bertolak ke Iskandariah.

Melewati persisiran Laut Meditranean.

Melawat Taman Montazah & Istana Raja Farouk.

Melawat Masjid Nabi Danial & Lukman Al-Hakim.

Melewati tinggalan sejarah Theater Romani .

Menziarahi Masjid Imam Mursi & Imam Busiri R.A.

Melawat Kota Pertahanan Sultan Qitbei Kerajaan Mamalek.

Hari Ketiga :

Sarapan pagi di hotel.

Melawat Kubu Pertahanan Sultan Salahuddin al-Ayubi.

Membeli belah di Cristal Asfour Syoubra.

Masjid Al-Azhar

Masjid Saidina Husain R.A

Membeli belah di Pasar Khan Khalili di Hussin.

Hari Keempat :

Sarapan pagi di hotel.

Check out dari Hotel.

Bertolak ke Cairo International Airport .


Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :


Abu Bakar bin Razak

Pengarah Urusan KEDAHMISRTRAVEL


No. Telefon : +2011-2460480

Emel : abu_azhari@yahoo.com.my

Emel Rasmi Syarikat : kedahmisrtravelmkkk@yahoo.com