Thursday 10 June 2010

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DI BUMI MAKKAH MUKARRAMAH DAN MADINAH MUNAWWARAH

Rombongan bergambar di hadapan Istana Raja Farouk, Iskandariah

Assalamualaikum..

03 - 07 Jun 2010 - Pihak pengurusan KEDAHMISRTRAVEL mengucapkan selamat meneruskan perjalanan ke Tanah Haram untuk menunaikan ibadah umrah kepada semua ahli rombongan yang sempat menziarahi Mesir baru-baru ini. Ucapan khusus buat Ustazah Nazrah dan Ust Fikri Ishak (Mantan YDP MKKK) selaku pimpinan group umrah dan ziarah Mesir semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai di tanahair.

Pihak pengurusan KEDAHMISRTRAVEL juga memohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang pengendalian KEDAHMISRTRAVEL terhadap rombongan ini.

Doakan kami anak-anak yang kini sedang menempuhi musim peperiksaan. Sesungguhnya doa orang yang bermusafir antara doa yang mustajab di sisi Allah S.W.T.

Majlis Wada' Bersama Rombongan Di Asrama Darul Aman 3 Haiyu Sabiek


Pihak KEDAHMISRTRAVEL merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, Syeikh Yusoff Haji Ahmad kerana membenarkan majlis ini diadakan di Dewan Tasamuh Wal 'Ikha'. Ucapan jutaan terima kasih buat pihak Ustazah Nazrah yang mewaikili ahli rombongan kerana meyampaikan sumbangan kepada pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah untuk kebajikan anak-anak Kedah di Bumi Anbiya' ini.

Ucapan Aluan dari Pemangku YDP MKKK

Ucapan Syeikh Yusoff selaku tuan rumah

Ustazah Nazrah Memberi Ucapan

Sumbangan Ustazah Nazrah Kepada Ustaz Nazrul mewakili MKKK




Semoga bertemu lagi.

Gambar Kenangan Bersama Ahli Rombongan :

Di Sinai

Menyelusuri Sungai Nil