Friday 20 August 2010

ALFU MABRUK KEPADA DELEGASI MAPIM

Assalamualaikum..

7 - 17 Ogos 2010 : Pihak KEDAHMISRTRAVEL dipertanggungjawabkan untuk menyelia delegasi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang hadir ke Mesir bagi merealisasi misi mereka masuk ke Gaza, Palestin. Pihak KEDAHMISTRAVEL mengucapkan alfu mabruk kepada pihak delegasi kerana berjaya memasuki Gaza melalui Rafah, Mesir sekaligus mencapai target untuk membuat beberapa kajian demi membela nasib masyarakat Gaza yang tidak henti menerima tekanan daripada rejim israel.

KEDAHMISRTRAVEL walaupun diwakili oleh mahasiswa yang bernaung di bawah persatuan, pihak kami menyatakan sokongan kepada pihak-pihak NGO yang berusaha dengan misi membebaskan Gaza dari belenggu peperangan. Pihak kami siap sedia membantu takat upaya yang terbatas dengan status mahasiswa. Jika diberi kesempatan kita bertemu lagi. Berganding bahu dalam misi ummat ini.

Pihak KEDAHMISRTRAVEL memohon maaf kepada delegasi MAPIM jika terdapat sebarang kesulitan atau kelemahan sepanjang kami mengurus dan menyelia perjalanan ketika di Mesir ini. Kepada ketua delegasi, Cikgu Azmi Abdul Hamid dan rombongan semoga kita bertemu lagi.


Gambar-gambar kenangan :

Sambutan di airport

Sarapan di KLCC

Taklimat sebelum ke Hotel

Pengarah Urusan KEDAHMISRTRAVEL Bersama Cikgu Azmi, Ketua Delegasi di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Pimpinan delegasi bersama pegawai-pegawai Kedutaan

Majlis Sambutan Ramadhan Di Gaza berlangsung di Rumah Selangor

Bergambar Selepas Majlis

Hotel Penginapan Delegasi

Eksekutif Penginapan dan Pengangkutan KEDAHMISRTRAVEL
Bersama Mustafa Mansur

Semoga Bertemu lagi