Monday 2 April 2012

Gambar Sekitar Umrah Tarbawi

Assalamulaikum..

Pihak Kedah Misr Travel mengucapkan jutaan terima kasih kepada 98 orang ikhwah dan akhawat yang menyertai umrah tarbawi baru-baru ini. Dalam pada itu, pihak pengurusan Kedah Misr Travel memohon jutaan kemaafan sekiranya berlaku kesulitan dan kekurangan sepanjang mengendalikan Umrah Tarbawi yang dibuat julung-julung kalinya bersama Yayasan Paksi Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah bersama berdoa agar umrah yang dilaksanakan merupakan umrah yang mabrur dan umrah yang maqbulah di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kedah Misr Travel mengalu-alukan sebarang komentar dan cadangan demi penambahbaikan terhadap siri-siri ziarah di masa hadapan.

Berikut gambar-gambar kenangan sepanjang Ziarah Makkah Al-Mukarramah & Madinah Al-Munawwarah :


Di Bawah Pancur Emas Kaabah Al-Musyarrafah

Tiga Dari Kiri : Syeikh Ahmad Zaki
(Anak Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili - Pengarang Kitab Penawar Bagi Hati) - Makkah

Di Hadapan Asrama Darul Aman 3, Bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah,
Anggota Lembaga Penasihat dan Barisan Pimpinan MKKK

Di Jabal Uhud - Madinah

Syeikh Habib Umar Hamid Jailani - Pengajian Sohih Bukhari - Makkah

Syeikh Ahmad Al-Jamhuri Al-Banjari - Terima Ijazah Sanad :
Serban, Al-Quran, Qasidah, Hadis Musalsal Awwaliyyah Bir Rahmah, Hadis Musasal Mahabbah

Di Pengajian Bersama Syeikh Ahmad (kiri) Pakar Sejarah Makkah & Madinah
di Rumah dan Madrasah Syeikh Muhammad Ismail Uthman Zain

Pengkisahan Tempat Sejarah di Sekeliling Masjidil Haram oleh Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir

Di Puncak Jabal Rahmah - Makkah
Ladang Unta - Makkah

Sebahagian Jemaah Paksi dari Malaysia

Masjid Sayyiduna Hamzah Radiallah Ta'ala 'Anhu - Makkah

Ladang Kurma - Madinah

Ustaz Muhd Zainul Asri bin Hj Ramli - Tazkirah Selepas Asar
Ustaz Mohd Nazrul bin Abdul Nasir - Kuliah Subuh

Kelebihan Sembahyang Masjid Quba' - Madinah

Perkarangan Masjid Nabawi




0 comments:

Post a Comment