Penubuhannya tidak lain dan tidak bukan hanya ingin mengukuhkan kewangan dan ekonomi Majlis Kebajikan Keluarga Kedah(MKKK)agar memastikan kestabilan perjalanannya sebagai sebuah persatuan anak-anak Kedah di bumi Mesir yang penuh barakah ini.
23 - 26 Mac 2010 - Pihak pengurusan KEDAHMISRTRAVEL mengucapkan selamat meneruskan perjalanan di Tanah Haram untuk menunaikan ibadah umrah kepada semua ahli rombongan yang sempat menziarahi Mesir baru-baru ini. Ucapan khusus buat Haji Halim selaku pimpinan group umrah dan ziarah Mesir semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai di tanahair.
Pihak pengurusan KEDAHMISRTRAVEL juga memohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang pengendalian KEDAHMISRTRAVEL terhadap rombongan ini.
Pakej untuk 4 orang & 8-12 orang selama 4 hari 3 malam
KEDAHMISRTAVEL menawarkan pakej ziarah Mesir untuk 4 orang 8- 12 orang selama 4 hari 3 malam dengan harga USD 250.00 seorang.
Pakej tersebut menawarkan perkhidmatan seperti di bawah:
1. Penginapan selama 4 hari 3 malam. 2. Pengangkutan sepanjang perjalanan. 3. Makan dan minum sepanjang 4 hari 3 malam. 4. Tiket masuk tempat-tempat bersejarah yang berbayar. 5. Perkhidmatan pemandu pelancong (guider) sepanjang perjalanan.
Tempat-tempat menarik yang bakal dilawati adalah seperti berikut :
* Piramid & Sphinx di Giza * Madrasah Sultan Hassan & Masjid Rifae * Makam Imam Syafie R.A * Muzium Tahrir * Taman Montazah & Istana Raja Farouk * Persisiran Laut Meditranean * Masjid Nabi Danial & Lukman Al-Hakim * Kesan Sejarah Theater Romani * Masjid Imam Mursi & Imam Busiri R.A * Kota Pertahanan Sultan Qitbei Kerajaan Mamalek * Perpustakaan Iskandariah * Kubu Pertahanan Sultan Salahuddin al-Ayubi * Masjid Al-Azhar As-Syariff * Masjid Saidina Husain R.A * Membeli belah di Cristal Asfour Syoubra * Membeli belah di Pasar Khan Khalili di Hussin
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :
Abu Bakar bin Razak Pengarah Urusan KEDAHMISRTRAVEL
No. Telefon : +2011-2460480 Emel : abu_azhari@yahoo.com.my Emel Rasmi Syarikat : kedahmisrtravelmkkk@yahoo.com