Wednesday 18 November 2009

Pengenalan KEDAHMISRTRAVEL & Perkhidmatan Yang Ditawarkan

PENGENALAN

KEDAHMISRTRAVEL merupakan sebuah syarikat yang dikendali oleh mahasiswa kedah yang menuntut di bumi Mesir. Syarikat ini dinaungi oleh Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah. Penubuhan syarikat ini atas kesedaran Anak Kedah Mesir untuk belajar mengendalikan syarikat pelancongan. Selain itu, menjadi sumber pendapatan bagi Jawatankuasa atau ahli syarikat yang terlibat. Sehubungan dengan itu juga syarikat ini berhasrat untuk menyumbangkan dana kewangan kepada MKKK jika terdapat kemasukan melalui perkhidmatan yang ditawarkan. KEDAHMISRTRAVEL juga akan sentiasa berjalan dan bergerak bersama MKKK dalam mencapai matlamatnya khusus dari bidang ekonomi.

OBJEKTIF PENUBUHAN
  1. Menimba pengalaman dalam sektor pengurusan syarikat pelancongan.
  2. Mencari sumber pendapatan kepada individu dan persatuan.
  3. Memudahkan urusan pelancongan di Mesir.
  4. Menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
  5. Menggalakkan pelancongan ke Mesir demi memperlihat kesan sejarah islam di Mesir dan sejarah Bumi Mesir itu sendiri.
VISI

Menjadi ejen pelancongan yang terbaik bagi warga Malaysia khususnya dalam melancong di Bumi Mesir.


MISI

Menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta pakej pelancongan yang memuaskan hati pelanggan.


PERKHIDMATAN

1. Pakej Percutian/Perlancongan Sekitar Mesir.
2. Pengurusan Perkhidmatan Pengangkutan seperti Bas, Koster dan Tremco.
3. Penempahan Penginapan Seperti Hotel dan Rumah Tamu.

PENGURUSAN

KEDAHMISRTRAVEL masih didalam pembentukkan organisasi syarikat. Walaubagimanapun telah menjadi ketetapan kepada syarikat ini yang bernaung di bawah Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah secara automatiknya Pegawai sebagai Penasihat Syarikat, Yang Dipertua MKKK sebagai Pengerusi Syarikat dan Ketua Badan Ekonomi MKKK sebagai Timbalan Pengerusi Syarikat. Selepas ketiga-tiga jawatan ini baru dimulai dengan Pengarah Urusan hingga staf-staf dalam syarikat. Untuk Pengurusan dalam masa terdekat ini MKKK telah memberi mandat kepada tiga penama untuk menguruskan KEDAHMISRTRAVEL ini.

1. Abu Bakar bin Razak : 011-2460480

2. Syamsul Adli bin Rozali : 011-5799968
3. Majdi bin Zakaria : 012-6958829

PROMOSI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

BAS
Harga Bas Mengikut Destinasi:

Airport ( Mator) : L.E 500.00
Kaherah : L.E 800.00

Iskandariah : L.E 1500.00

Faiyoum : L.E 1200.00

Sinai : L.E 4500.00

Matruh & Siwa : L.E 5000.00

Port Said : L.E 1500.00

Dumyat : L.E 1500.00

Tanta : L.E 1100.00

Ismailiah : L.E 1100.00

Aswan : L.E 6000.00

Tambahan :

  1. Harga setiap destinasi termasuk ikramiah/tip kepada driver.
  2. Harga dan tempat yang tidak tertulis tidak termasuk dalam perkhidmatan.
  3. Semua perkhidmatan kenderaan adalah model baru 2008/2009.
  4. Untuk perkhidmatan yang melebihi had waktu yang disepakati akan dicas nilai harga.
  5. Untuk sewaan yang melebihi dari tiga kenderaan akan diberi harga diskaun.

Contoh Gambar Bas Yang Ditawarkan









TREMCO/ VAN

Harga Tremco/Van Mengikut Destinasi

Airport (Mator) : L.E 120.00

Kaherah : L.E 300.00

Iskandariah : L.E 550.00

Faiyoum : L.E 450.00

Sinai : L.E 2500.00

Matroh & Siwa : L.E 2400.00

Dumyat : L.E 500.00

Port Said : L.E 480.00

Aswan : L.E 3800.00


Tambahan :

  1. Harga setiap destinasi termasuk ikramiah/tip kepada driver.
  2. Untuk perkhidmatan yang melebihi had waktu yang disepakati akan dicas tambah.
  3. Untuk sewaan yang melebihi dari tiga kenderaan akan diberi harga diskaun.

Contoh Gambar Tremco/Van Yang Ditawarkan




KOSTER
(Harga Masih Dalam Proses Untuk Diiklankan)
Contoh Gambar Contoh Koster Yang Ditawarkan





Kepada Yang Berminat Boleh Terus Menghubungi :

Abu Bakar bin Razak : 011-2460480
( abu_azhari@yahoo.com.my)

Syamsul Adli bin Rozali : 011-5799968
(ulamaktawar@yahoo.com)

Majdi bin Zakaria : 012-6958829
(majid_cbd@hotmail.com)